Aysha Nureiliyah's 1st Bitrtday Counter

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers

Guestbook

Dear Viewer, appreciate if you could remark urself in our guestbook

In Hospital

Monday, February 2, 2009

Hmm.. hari ni ibu nak crite pasal ape plak ye? Hmm... (thinking). Kite crite pasal mase kat hospital plak la.

Bile ibu dah sedarkan diri.... ibu tgk most of the family members semua ada. Best sgt. Derang semua kate baby cute. Heheheh... Ibu tanye gak kat ayah.. baby semua ok ke? Sihat? Cukup sifat semua tak? Alhamdulillah... semua ok.

Hmmm... mase kat hospital tu, we still don't have a name for our beautiful baby yet. Pikir2 lawak pun ade. Mase blom kawen dulu.. dah siap reka2 name dah utk 14 babies... (7 girls n 7 boys). Eh... bukan planning nak smp 14 org la. Just get ready 14 names je... but satu pun name tu ibu dah tak berkenan. Mayb dah outdated dah kot. Hehehehh... Nak tau pasal ape ibu ngan ayah tak get ready name lg? Actually dah ade a few names yg ibu ngan ayah dah pilih.. but sadly name2 tu semua dah dikebas org. Hehehehh... Memula ibu ngan ayah berkenan name Qaisara... but Aunty Ily dah chop dulu... Then ibu ngan ayah berkenan name Husna. But then Cik Da plak buh name anak dia Aleeya Husna. Ibu ngan ayah cuma tinggal 1 je name lg... Maya Eiliyah. But bile pk2, Maya cam takde maksud je. Bukan senang2 je nak bagi name ni...Maksud kena elok. So we end up with no name. Mase kat hospital baru dok pk2...smp pening dah tak tau nak bg name ape.

Last2 on 17/11/2008, baru ibu ngan ayah decide to give our baby a beautiful name which is Aysha Nureiliyah. Haa... nak tau meaning dia ape?

Aysha - woman/life... sempena name isteri Baginda Rasullah s.a.w
Nur - cahaya
Eiliyah - the beautiful one to grow in peace and love

Ok tak name ni? Ibu suka name ni.. rase cam sweet je for a baby girl n match with baby ayah n ibu yg cute ni. Heheheh...

Below are the list of people yg datang melawat Eiliyah in the hospital:
-> Habib & Hababah
-> Tok Daddy & Pah
-> Cik Mar, Cik Muni, Uncle Acip, Uncle Zaffi & Mimi Ain
-> Aunty Diny
-> Pah Gee (mai naik bas from Alor Setar just to see Eiliyah)
-> Tok Mamu Tar & Nani Wan
-> Tok Momad, Nani Syah & Cik Waz
-> Pah Hawa, Uncle Amar, Aunty Adlina, Uncle Iskandar, Aunty Liyana & Aunty Dya (came all the way from KL)
-> Tok Mamu, Nani Nor, Aunty Nurul, Cik Hazi & Mamu Hafiz
-> Aunty Nonnie & family

Look at him.. He look so proud being a father.


My Baby Was Born (Version Ibu)


Ibu sgt boring hari ni. So damn bored kat office. Bcoz of CNY, there's not much that i can do. From yesterday, keje ibu is refreshing blog Eiliyah, hoping that ayah will update something interesting for me to read. But malangnye, nothing. Disebabkan too bored, ibu decided to create my own blog (dah wat dah pun). So, boring2 ibu bole update blog ibu sendiri. But sadly ayah tak bagi. He said what for buat sampai 2… susah Eiliyah nak bace nanti. Come to think of it, ade betoi jugak. So ibu update kat blog ayah ni je ar…

Disebabkan baru nak start today, so my previous day with my darling princess Eiliyah won't be dat detail. Ibu just update ape yg ibu ingat je la, ye? So... where should i start? Kite flash back (in black & white) dulu to the day Eiliyah was born la.

Ok, meh nak crite skit experience mase nak give birth to my darling Eiliyah ni...

On 14/11/2008, at about 5.00am, ibu bangun p toilet. Biase la... time pregnant ni, 'besiaq' skit. I realize that cam ade darah2 skit. But i thought it was nothing. Lgpun mmg ngantuk sgt la. So, ibu pun tido balik. Around 8.00am, time ibu nak mandi pagi, ade blood skit2 lagi... so ibu text la ayah to inform him. Ayah suruh ibu sesiap and get ready barang2. Ibu pun mintak la mama (Hababah) hantar ibu g hospital. Due to ibu tak sakit, ibu takde la rushing. Rilex je, slow n steady.

Dalam kul 11.00am ibu smp la kat Wisma Bersalin Chang & Koh. Lame kan baru smp? Padahal dekat ja.... heheheh tu la dimaksudkan ngan slow n steady.Hehehehe... After register n doc check, doc advise to stay je so that they could observe if anything bcoz baru bukak 1cm. So, ibu pun inform ayah and check-in la to my room. At first, ibu ditempatkan dlm bilik 6 beds, tp bile ayah smp, dia kate dok bilik sorang la senang. Ade privacy skit. After inform kat nurse, around 1.00pm ibu pun pindah bilik (bilik VIP bak kate ayah). Hababah dah balik dah, ayah plak pegi solat jumaat. Ibu boring... so ibu tgk tv, surf internet & mcm2 la. Time tu mmg ibu tak rase sakit langsung.

Smp la kul 8.00pm. Ibu baru nak minum air, then suddenly nurse panggil ibu buat CTG scan. Dia kate kejap je. Ibu pun letak balik cawan (tak jadik minum) n ikut la nurse tu pegi delivery room. Lepas dipasang segala wire2 kat perut, nampak la graph tu start bergerak. Ayah masuk to say that he's going out to buy some food. Nasi Daging Merah kat Maggi Goreng (yummy...).

After about 15 minutes, the nurse came back. After she looked at the graph, muka dia lain. I could really see the change in her face n it doesn't look good. Nurse tu tekan2 button kat machine tu and waited. After a while, dia check graph tu lg then dia panggil another nurse in. Derang tekan2 lg button kat machine tu then one of the nurse tu amik phone n called the doc. Ibu mula la tak sedap hati. After a few instruction given by the doc, nurse tu suh ibu baring sideways plak. N then waited for the graph to come out again. Naik lenguh dah badan ibu baring kat situ... dah almost 1 1/2 hour. After graph tu kluar, nurse tu call doc lg. Ibu dah start boring+worry+dahaga. Ayah balik n tgk ibu still kat delivery room tu lg. He starts asking question but ibu cannot answer bcoz ibu sendiri dunno.

Around 9.30pm, doc pun datang. Lepas belek2 all the graph, doc pun check. Baru bukak 1.5cm. Dari pagi smp ke mlm... baru tambah 0.5cm je. Lambat betoi. Tetibe ibu rase air kluar. Rupe2nye doc dah pecahkan waterbag. The doc explained dat heart beat baby was too fast, so he needed to normalizekan balik. Not to worry the doc said, heart beat ok just that cepat sgt je. Since waterbag dah dipecahkan, baby's heart beat was back to normal. So, contraction will start after this. Ibu still ok, maintain cool....no pain yet but tak leh jalan memane n ibu dah start lapar n dahaga. Nyesal tak minum air tadi.

11.00pm - Nurse start to induce ibu. 5,4,3,2,1... action. The pain started. Ibu pun tak ingat cam ne dia start sakit, tau2 je dah rase tak senang duduk. Sakit punya sakit, nurse datang check. Baru bukak around 3-4cm. Then dalam kul 4.00am, nurse dtg check lg. Baru 7cm. Ya Allah, mase tu sakit dah tak tau nak crite dah. Selame ni ibu ingatkan lepas sakit, push baby kluar n it's all over. But actually time tu, i don't know what's goin' on, what's going to happen next, what r they waiting for. Ibu dah sakit tahap gaban dah ni. Ape yg derang tunggu ni ayah? Ayah pun tak tau nak jawab ape. Kesian gak tgk ayah... letih, ngantuk n dunno how to help me. Yg ayah leh tolong pun is just amikkan air kat ibu sbb ibu mmg really thirsty sgt. Ibu mmg dah letih sgt2 menahan sakit time tu. Badan dah start shivering. Sejuk..

7.30am - Doc datang check lg. Sad to hear that still bukak 7cm mcm kul 4.00am tadi. Doc kate ring pintu rahim dah bengkak and cannot open dah. So, doc advise to operate. Dalam tak larat tu, ibu rase bersalah sgt kat ayah. Sian dia kena kuar duit byk. Tapi what to do? Terketaq2 dah badan ibu ni. Al-maklum la katil tu direct betoi2 bawah aircond. And ibu baring kat ctu for nearly 12 hours dah. After ayah agree n everything, ibu pun dimasukkan dlm operation theatre. Doc bius suh ibu duduk, tunduk n peluk bantal. Dalam dok ketaq2 tu, nasib baik doc tu tak tersilap cucuk. Bius kat tulang belakang tu pun ibu tak terase coz seriously cakap, mmg rase cam nak mati dah time tu. Rase cam lepas pengsan ni takkan bangun dah. Plak tu rase berdosa sbb tak sempat nak mintak ampun n maap kat ayah. Ayah plak not allowed to enter masuk until everything is ready and inplace. Kire redha je la time tu if anything happen to ibu. Ibu just bole doa so that baby selamat n ayah will jage baby bebaik.

Doc keep on asking, "Siti ok ke?" Then dgr doc suh nurse panggil ayah masuk. Dengar suare doc bgtau "Siti, in about 12 minutes, baby will come out". Pastu dgr plak doc tanye kat ayah "U tak bawak camera ke?" Ayah jawab tetinggal dlm bilik. Doc suh ayah p amik then ibu tak tau dah ape ayah jawab sbb ibu dah dalam angan dan sedar. heheheh...
Tetibe ibu dgr suara doc cakap ngan ayah... "U berani ye tgk?" Ayah siap leh jawab "Mayb sbb i dah biase tgk crite House"... Dalam dok tgh weng2 tu, ibu nak tergelak pun ade. In a few seconds, ibu dgr suara baby nangis. Ibu ingatkan org seblah ibu kat delivery room tu dah bersalin.. rupe2nye... anak ibu dah selamat dilahirkan. Ibu terpengsan in happiness.Dalam sedar x sedar tu, ibu rase cam ayah dtg tunjuk video baby eiliyah kat ibu. Ayah tanye cute tak anak kite? But, zzzzz ibu dah x sedarkan diri.

15 Nov 2008, 8.44am - My baby Aysha Nureiliyah was born. She looked so cute n sgt suci. Tak caye? Cube tgk pic kat bawah ni.. Alhamdulillah....syukur to Allah semuanye selamat.



Ibu Masuk Hospital.... Jangkitan Denggi

Thursday, January 22, 2009

Title : Ibu kena Demam Denggi!
Tarikh : 22/1/2009
Tempat : Bagan Specialist Centre.

Salam....

HAri nie genap 1 week ibu demam... N semalam ibu pegi checkup @ company punya panel clinic.. Dr Aziz n Fren.. Dia kata ibu demam biasa... n dia bagi ubat SAKIT KERONGKONG!!!... even ada rash pada tangan ibu....

So when ibu called ayah... ayah suruh ibu pegi klinik lunas... to get for 2nd Opinion... Even the doc cant understand why Dr Aziz bagi diognosis macam tuh... so Dr Rose @ klinik lunas minta ibu buat blood test pagi tadi.. n dia kata dia akan request for urgent result... ptg tadi ibu call n it was confirm yang ibu kena Denggi.... Teruk betul Dr Aziz n Fren!.. Just imagine if ibu x pergi for 2nd opinion??..

Then Dr Rose referkan ibu ke hospital malam nie jugak!.. at 9.30pm ibu dah register@ Bagan Specialist Centre.. Ayah balik rumah pah... ayah pun bukan sehat sangat... still batuk2 n selsema..

Doakan Ibu cepat sembuh k!..

Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

  1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan
  2. Bintik merah pada kulit
  3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
  4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut
  5. Hilang selera makan
  6. Muntah-muntah
  7. Sakit perut
  8. rasa pahit pada lidah


p/s: so eiliyah kena berpisah ngan ibu jap.... kena minum susu bancuh k... ibu x sehat... x pa ayah ada tengok eiliyah... lagipun ayah cuti until next tuesday 27hb Jan 2009... Raya Cina...

Kenduri Kawin Aunty Yana

Tuesday, January 13, 2009

Event: Aunty Liyana's Wedding
Tempat : Laguna Merbok
Tarikh : 27/12/2008
Host : Faizan and Abdul Hali (Pah Jan and Tok Hali)

Ceritera@aunty liyana's wedding

its great to have another family gathering.... now all our relatives can meet eiliyah with their own eyes..

Above: Liyana ambil berkat la tuh!..


Above: Left Pic-Pah Gee n Pah tgh menyusukan eiliyah!.. while ayah tgh dukung Hawa


Above from Left: Ibu,Ayah n Eiliyah with Raja Sehari... On Right:Aunty Diny,Ibu,Pah and Aunty Ida..with you Eiliyah...

Above Left: Raja Sehari with Pah Datin? hehe Aunty Ella,Pah Dah adn Pah Mummy Ani... bawah tuh ayah with eiliyah.... Right Pic: Eiliyah smiling masa Nyang Yam dukung!..


Nyang Pin comments on Eiliyah :"So cute..Esok banyak rambut nie... cantik!"



From Left: Ayah with Eiliyah,Unc Wardi,Aunty Ili with Hawa n Ibu

From Left: Aunty Syazna,Haryz and Ayah!.

Antara Relatives yang Hadir(sorry kalau x lengkap)
Dato' Dr. Ariffin bin Ngah Marzuki and wife (Nyang Pin n Nyang Yam),
Y.D.H. Toh Seri Maharaja Lela Tun Hamzah(Nyang Ngah),
Tun Zainal Arif dan Isteri (Nyang Nan and Nyang Nani)
Nawawi Ismail dan Tun Aini (Tok Yob and Pah Ani),
Zawawi dan Rohani (Tok Bee and Pah mummy Ani),
Faridah and Sheikh Hamzah(Pah Dah and Tok Hamzah),
Fauziah dan Ismail (Pah Gee and Tok Ismail),
Fazimah dan Tun Hisan (Pah Datin@Mah and Tok Dato'@Hisan),

All Cousin Ayah.... most of them datang... like Aunty ili with husband,aunty aja, unc khairi, aunty izni,aunty hani,unc izzat,unc sayid,unc pian,unc syafiq,unc amir,aunty syazna with husband... and ramai lagi lah.... double cousin... and also most of tok daddy punya cousin pun datang....

So bila sesekali kita gather macam nie rasa macam best sangat coz boleh tgk how big is our family... Wargsh... rindunya pada Nyang Hawa...(pah ayah.)...Kalau still ada.. sure masa raya semua gather ramai2....

thats all for now... nanti ayah sambung lagi k....pada event2 akan datang!.... muuuuahhhh!.. love you my lil princess..!




TOY MUSEUM...

Monday, January 12, 2009

Salam...

Tempat : Toy Museum
Tarikh : 4/1/2009
Rating :4.3/5
Price : RM10/head

Ceritera @ Toy Museum..

YEaahhhaaaaa at last sampai jugak ayah kat sini!.. Since unc Asrul promote... sejak itu lah ayah nak datang cni... 100,000 jenis toy n figure yang ada disinni.... bessstt wooo nanti eiliyah dah besor ayah bawak lagi sekali k... tapi mmg best lah!....so many toys n figures..
** Lilo Stich*Shrek*LOTR*StarWars*TheCrow*KatunCina*Mario*Chucky*Gremlins*ET*Freddy*wall-e*A Bug's Life*Doraemon* Garfield* fantastic four*Doraemon*Ninja Turtle** banyak la... semua best2... kira x rugi la...

Memula mmg belek la satu2 toy yang di displaykan.. but sebab terlalu banyak so.... at last cuma tamkap gambor dan tengok saja.. coz perut pun dah lapor... satu lagi
TOILET mmg best... macam piramid plak!... siap salut dengan emas...




kalau nak suruh ayah cerita mmg x habis la cerita... so ayah sertakan gambor sahaja... coz.. banyak sangat ... but to all bloggers... readers... you should not miss this one... mmg best!.





k la... nak p nasi padang transfer road plak..... mmg best woooo!!!!!!
so... jumpa lagi .... wasalam...

Sri Sayang Resort Batu Feringgi

Salam...sepanjang 2 minngu nie macam2 aktiviti yang dibuat bersama eiliyah....antara menda2 yang best ialah percutian di batu feringgi.. heheh.. dekat jer pon... malas nak g jejauh... pada 3/1/2009.

Tempat : Sri Sayang Apartment Batu Feringgi, Penang
Date : 3/1/2009
Rating : 2.8/5
Ceritera Sepanjang Percutian......

Tepat jam 10pg 3/1/2009 Keluar rumah dengan eiliyah n Ibu.. terus ke kedai Tok Lan kat Bayan Baru.... masa dalam perjalanan Aunty Eda sms bagitau mak dia dalam keadaan tenat..sian dia.... sampai di kedai Tok Lan apa lagi makan2..... jumpa gak dengan Unc Fuat..

Dalam 11.50am Aunty Eda msg lagi.... kali nie dia sms bagitau mak dia dah selamat kembali ke Rahmatullah tepat jam 11.35am ..... Al-Fatihah... So plan diubah skit..Ayah trus bawak eiliyah dan ibu naik ke balik pulau....

Ibu dan eiliyah stay kat umah ayah.... Ayah n Unc Zaki p ziarah mak Aunty Eda jap...dalam kol 2 baru plan akan terus ke Batu Ferringgi...

HEHEHEHEHE ayah terlupa bawak stroller... so apalagi terpaksa la p beli carrier yang sangkut.. ada gambor di bawah...berguna gak tuh.... so lambat la check in dekat kol 4 gak!...




So pada petang tuh ayah p mandi swimming pool. dengan unc zaffi...unc opal..cik muni n cik mar.. eiliyah n ibu tgk jer..! huahuahua.... nan ti dah besar ayah bawak eiliyah mandi swimming pool k....

Blah malam ayah nak tunaikan permintaan ibu nak bawak p makan kat The Ship... So kami pun bertolak la ke sana around 8.30pm.. sampai di parking mmg nampak cool jer.. dengar cerita tempat nie steak paling best!.. MALANG X BERBAU... sekali masa masuk sebelum ditempatkan ke tempat duduk... hidung ayah termasuk bau yang x menyelerakan... bau arak yang cukuppp kuar... so ayah wat keputusan.. xpayah p... ibu pon setuju.. so ayah n ibu keluar semula... bawak p makan nasi lauk ikan siakap jer... hahahahahaha...

Then lepas makan ayah bawak eiliyah n ibu p jalan2 kat night market... mmg bayak barang2 yang dijual malam tuh... ayah beli 6 dvd cetak rompak.. 2 helai baju.... ibu pulak beli handbag!!!!!!!! lagi... hehe... lepas dah tak larat baru la balik ke apartment...

ayah masak maggi kari + telur n sosej... sluuuurrppppp.... kenyang!..




Pagi 4/1/2009 ayah bagun pepagi wat roti telor untuk semua, masak scramble egg and goreng sosej kat derang... coz lepas nie kita akan ke pantai @teluk bahang... mandi manda jap!...
sampai2 jer yang mandi cuma ayah,unc opal n unc zafii.... eeeeehhhhh lupa nak cakap... anik keta unc Zaffi... kereta baru tau!...

Many pictures yang unik ayah dapat tangkap di sana... Tapi perkara yang xbest sepanjang berjalan2 di pantai nie... PRINCESS EILIYAH....tido.....zzzzzzzzzzzzz... huahuahua.....







kol 11 semua dah balik ke apartment... coz at 12pm we have to check out....Then nak p toy museum.... Uncl Asrul kata BEST!....

Salam Maal Hijrah & Happy New Year



Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.