Tarikh : 22/1/2009
Tempat : Bagan Specialist Centre.
Salam....
HAri nie genap 1 week ibu demam... N semalam ibu pegi checkup @ company punya panel clinic.. Dr Aziz n Fren.. Dia kata ibu demam biasa... n dia bagi ubat SAKIT KERONGKONG!!!... even ada rash pada tangan ibu....
So when ibu called ayah... ayah suruh ibu pegi klinik lunas... to get for 2nd Opinion... Even the doc cant understand why Dr Aziz bagi diognosis macam tuh... so Dr Rose @ klinik lunas minta ibu buat blood test pagi tadi.. n dia kata dia akan request for urgent result... ptg tadi ibu call n it was confirm yang ibu kena Denggi.... Teruk betul Dr Aziz n Fren!.. Just imagine if ibu x pergi for 2nd opinion??..
Then Dr Rose referkan ibu ke hospital malam nie jugak!.. at 9.30pm ibu dah register@ Bagan Specialist Centre.. Ayah balik rumah pah... ayah pun bukan sehat sangat... still batuk2 n selsema..
Doakan Ibu cepat sembuh k!..
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).
Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.
Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.
Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.
Antara tanda-tanda demam denggi ialah:
- Demam kuat yang mengejut dan berterusan
- Bintik merah pada kulit
- Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
- Berdarah pada badan, hidung dan mulut
- Hilang selera makan
- Muntah-muntah
- Sakit perut
- rasa pahit pada lidah
p/s: so eiliyah kena berpisah ngan ibu jap.... kena minum susu bancuh k... ibu x sehat... x pa ayah ada tengok eiliyah... lagipun ayah cuti until next tuesday 27hb Jan 2009... Raya Cina...